Berpacaran Sebelum Nikah



بسم الله الرحمن الرحيم
Bimillahirahmanirahim
Alhamdulillah, kerana telah diizinkan untuk menulis lagi.



Status di atas saya cuma copy dari twitter ukhti Mastura Manap 


"Jika anak Adam itu berpacaran SEBELUM waktunya, maka setengah dari kebahagiannya setelah menikah akan dicabut oleh Allah." Nauzubillah!

Ramai yang tertanya-tanya dengan status diatas, ada yang tanya dapat dari mana, siapa yang cakap, nak minta dalil lah. Macam-macam.

Sungguh berpacaran sebelum Nikah adalah HARAM dalam Islam.

Makanan haram kamu boleh elak, bahkan jijik kalau melihatnya tapi kenapa berpacaran yang lebih Haram berbanding memakan makanan Haram kamu tak elak, kamu tak jijik bahkan kamu sukakannya, bersentuhan hati, bersentuhan tangan. Kamu tak pernah fikir apa azab yang bakal kamu dapat di akhirat nanti. Masya' Allah sangat pedih, pedih sekali wahai sahabat.

Saya tahu menahan rasa suka, minat, sayang amat pedih bahkan amat menyakitkan, apa kamu fikir azab di akhirat lagi pedih dari semua ini? Kalau kamu yakin akan cintamu kepada seseorang itu membawa berkat, nikahi dia. Belum sedia menikah, belum ada persiapan dari segi kewangan, kepemimpinan, kasih sayang, tanggung jawab berdoalah kepada Allah, minta kepada Ilahi agar kamu dan si dia di satukan, di permudah dan diberkati oleh Allah.

Kadang saya sedih lihat sahabat saya berpacaran, keluar malam, bergayut berjam lamanya, bermesra, dan berkasih sayang yang mungkin amat indah bagi mereka tapi sayangnya mereka tidak boleh berbuat sedemikian rupa di depan Allah. Keluar malam boleh kenapa solat malam tak boleh, bergayut telefon berjam-jam boleh kenapa bergayut dalam doa 10 minit pun dikira lama, bermesra dan berkasih sayang dengan kekasih bukan main kenapa tak bermesra dan berkasih sayang dengan Ibu dan Ayah kadang ada rasa malu. (?)


Sedarlah wahai sahabat, tahanlah perasaan kamu seperti kamu menahan lapar ketika puasa, sungguh nikmat bila waktu berbuka puasa tiba, kamu boleh puas makan apa pun sama seperti perasaan kamu bila waktu telah tiba (menikah) buatlah apa pun dengan si dia, sudah halal bahkan berpahala. 

".....kata-kata hikmah...."
Yang kau sukai belum tentu baik bagimu. Sedarlah, Allah sering menggunakan apa yang tak kamu sukai sebagai penuntun hidupmu. Wahai Wanita, lupakanlah mencari lelaki yang terbaik, tetapi fokuslah pada dirimu untuk menjadi wanita terbaik. Hormatilah dirimu, jika engkau ingin mendapatkan cinta yang menghormatimu. Tidak perlu merasa takut kehilangan seseorang, karena masih ada banyak orang di sekililingmu yang takut kehilanganmu. Cinta itu tidak selalu menuntut kesempurnaan. Cinta itu ketika kita dapat menutupi kekurangan seseorang dalam kebersamaan. 


Peliharalah keindahan hati kamu wahai wanita.

Allah sentiasa buka pintu taubat umatnya, maka bertaubatlah sebelum terlambat.

Saya doakan saudara dan sahabat syurga saya:

Ya Allah, bahagiakanlah saudara kami yg masih sendiri untuk segera mendapatkan jodohnya, pasangan yang baik akhlaknya, mencintai dengan setulus hatinya, berani berkorban, sanggup bekerja keras, bertanggungjawab pd keluarga, kukuh aqidahnya & sanggup berjuang dijalanMu untuk mewujudkan Keluarga Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah. Ya Allah, kabulkanlah doa kami. Amin 


Saya jua bukanlah manusia sempurna. Sealim atau sebaik mana pun seseorang itu, dia tidak akan pernah berpisah dengan dosa, Maksum hanya untuk nabi. Mungkin Allah sengaja menyuruh saya dengan menulis sepatah dua kata ini untuk kalian baca dan untuk kesedaran saya sendiri, saya dah cakap sebelumnya, kita manusia yang tak sempurna bahkan takkan pernah sempurna maka dari itu, saya memohon maaf jika ada yang terguris hati, kata-kata yang menyakitkan. Jika ada salah silap bagi orang yang lebih arif daripada saya, saya mohon teguran dari anda. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya sendiri. 

Assalamualaikum...


May I be Like This?





 

Me and Islam



بسم الله الرحمن الرحيم
Bimillahirahmanirahim.


Islam tidak memerlukan aku dalam hidup ini tetapi aku yang perlukan Islam.
Seakan yakin, dimana Allah meletakkan aku, disitulah tempat terbaik untukku.
Sebenarnya tempat perjuangan itu juga tidak memerlukan aku tetapi aku yang memerlukannya untuk tarbiyah diri
Yakinlah wahai jiwa yang lemah ..dimana pun kita berada itulah yang terbaik.

C I N T A



بسم الله الرحمن الرحيم
Bimillahirahmanirahim
Allah kurnia sekerat waktu untuk menulis lagi..

 Saya ingin sekali berdakwah seperti ayahanda, tapi ilmu dan amalan saya belum cukup. Jadi sedikit apa yang tahu, dan terima dari ayahanda, saudara dan sahabat-sahabat syurga yang sama berdakwah kerna Allah, saya kongsikan dengan anda semua, sahabat syurga saya juga. Hari ini tanpa saya sebutkan tarikh saya ingin kongsikan tentang 
C I N TA. 
Saya yakin setiap makhluk tak kira binatang, tumbuhan bahkan mungkin alam semesta di luar sedang bercinta, tapi mereka bercinta kerana Allah. :)

Semua orang pernah jatuh cinta tak kira dalam diam atau secara jujur. Tapi seeloknya bagi lelaki yang belum siap menikahi wanita yang dicintai itu jangan sebut " I Love You" dekat perempuan itu, boleh jadi zina hati antara kamu dan dia. Ungkapkan " I Love You" selepas kamu dinikahkan oleh si walinya. Jadi pahala, bukan dosa lagi. 
Bagi yang sedang jatuh cinta ni pasti sulit kan nak menahan rindu. Ada yang rindu, bermacam-macam hint dia bagi. Contohnya, selalu post lagu cinta, update pasal cinta. Ada yang mahu bercinta lepas nikah, asyik update status, share post pasal nikah, jodoh lah. Saya pun pernah buat mcm tu jgak. Itu normal lah. Tapi seeloknya ungkapkan dan luahkan rindu pada Ilahi. Berdoalah, solatlah dan berpuasalah.

Yang tak normal, bercinta-cinta sebelum nikah bagi yang muslim. Itu Haram kan? Jadi, pergi break sekarang! kejam tak kejam, ingat kamu tu siapa, siapa tuhan kamu, siapa rasul kamu, apa agama kamu? Jangan fikir, kapel kamu yang sekarang ini bahagia, akan bahagia juga sampai nikah nanti. Biar dibilang kolot, tak laku lah itu semua pandangan manusia semata. Jadilah manusia yang Allah pandang bukan manusia. 

"...... "

"Alaaa, dah kitaorang dah suka sama suka, kapel lah".


Pergilah kahwin. :)


"Kitaorang muda lagi masih belajar pulak tu, takkan kawin kot, nak cari duit darimana?"


Dah tau masih belajar, di bangku sekolah lagi, fokuslah belajar dulu, kamu tanye saye nak cari duit drimane? yang kamu sekolah sibuk berkepit dgn awek tu nanti bila dah habis sekolah ingat senang nak cari kerja? Fokus belajar, fokus kerja, bila duit dah cukup untuk minang dia, jumpalah mak ayah dia. Hantaran beribu tau bukan seratus dua ratus, ha!


"Alaa, boring la ceni, takde orang sayang, takde orang panggil saya 'baby'"


Kamu suruh monyet kat hutan tu panggil 'baby'. Mak ayah dah bayar kamu bersekolah tu bukan sayang ke?, kamu ada keluarga, saudara bahkan ada Allah yang selalu sayang kat kamu, nak bersayang-sayang dengan yang belum halal ni dah kenape.


"Alaa, nanti bila nak tidur dan lepas bangun tidur takdelah yang hantar msg "Good Night and Good Morning" laa? Hmm "


Alaaaa-alaaaa alaaaa haishh, kamu ni Islam. Kamu yakin ke masih hidup keesokan harinya? Sebelum tidur solatlah tahajudd, solat witir. Kalau keesokkan harinya kamu masih diberi kesempatan untuk hidup, solatlah dhuha. Bukan berwish-wish macam tu.

Bagi yang perempuan yang belum bertudung, masih zero soal agama kamu nak tahu tak satu perkara? Seburuk-buruknya lelaki dia cuma mahukan perempuan yang solehah untuk dijadikan isterinya, apatah lagi lelaki yang baik. Ubahlah hidup anda wahai perempuan kepada hidup yang berlandaskan Islam pada hati bukan Islam pada nama

Orang yang baik dia takkan jadikan seseorang sebagai kekasih tapi jadikan dia sebagai pasangan yang sah. Kita semua milik si suami yang Allah titipkan kepada keluarga kita. 
Berubahlah. Allah sayang dan cinta kepada orang yang berusaha untuk berubah. Nikahi dia jika dia betul-betul kamu cintai, sesuai dijadikan pasangan yang selalu membimbing kamu ke syurga, baik untuk keturunan kamu, dan kerana dia kamu semakin dekat dengan Allah. Jumpa keluarga dan wali dia dan nikahi dia. 

Jika kamu ada 2 plihan dan keduanya baik, soleh dan dari keturunan yang baik-baik, solatlah istikharah. Insya' Allah, Allah beri petunjuk kepada kamu.

Orang yang dah letak Allah sebagai cinta sejati di lubuk hatinya, dia tidak akan merasa kesunyian. Ayat "Forever Alone" pun tak pernah diungkap dari mulutnya, sebab dia ada keluarga, saudara, kawan bahkan ada Allah. 


Jauhi dosa, perbanyak pahala. As simple as that! Insya' Allah.
Biar kapel sehari selepas nikah daripada kapel bertahun-tahun sebelum nikah.

Percayalah sahabat...
Bercinta selepas nikah are much barokah
Biar kita tidak ada jodoh di dunia, mungkin jodoh kita di syurga
Bercintalah kamu hanya kerana Allah
Sekarang kematian berada di hadapan kita



The Prophet, peace, and blessing of Allah be upon him, said:
"There is nothing better for two who love each other than marriage"
Sahih Al-Jami' 5200


For my Dear Muslimah:

- Don't be proud of every guy wants you, cheap items have many buyers
- Be a rare stone that only the pious man can afford you, reach and get you...as in Halal Relationship that is...
NIKAH
Insya' Allah :)
Remember this! Don't be proud of being a cheap one..but you must be proud of Being a Pure Muslimah


Semoga Allah menerima (amalan) dari kita semua, dosa diampunkan dan amalan diterima. Salam Ukhuwah. Assalamualaikum :)



Don't Cry If You Are Alone





Whenever you're ALONE..
reminds yourself that ALLAH has sent everybody away
so that it's only YOU AND HIM..

ALLAH


But perhaps...




But perhaps you hate a things 
AND IT IS GOOD FOR YOU
And it is bad for you
AND ALLAH KNOWS WHILE YOU KNOW NOT

Kepalsuan Dunia





" Anda bangga dengan anda sendiri?
Anda bangga dengan keadaan anda sekarang?
Anda bangga dengan hidup yang sementara?
Anda bangga dengan harta anda?
Anda bangga dengan pangkat?
Anda bangga dengan segulung ijazah?
Anda bangga berpijak di atas tanah? "

Tak perlu membangga diri, kita hidup, kita berpijak di bumi kerana kita adalah
pinjaman dari Allah. Apa tujuannya? Kita dilahirkan bukan kerana untuk seseorang, negara, ataupun untuk dunia. Kita dilahirkan untuk beragama, beriman, bertawaqal, bercinta, beribadah kepada Allah. 

Tapi...
Sayangnyaa...

Umat Islam sekarang tak seperti umat Nabi Muhammad terdahulu, bersungguh-sunguh, berjihad, bercinta hanya kerana Allah. Umat Islam sekarang hanya bersungguh-sungguh dalam bercinta sesama insan bukan Ilahi, berjihad dalam perkara kolot politik yang entah kemana (bukan berjidad) tapi tidak menegakkan untuk Islam (berjihad), tidak berjuang kecuali negara Islam yang sedang diserang zionis dan hanya ikhlas, mengalirkan air mata, bersentuhan, suka, minat dan cintakan insan melebihi Ilahi. Meng-agungkan manusia, artis bahkan bila tngok movie tak mahu sampai tertinggal, solat tertinggal tak kisah pulak, malah ada yang tak solat langsung.  

Oke, saya nak jelaskan soalan paling atas sekali.


Kenapa kita perlu bangga dengan diri kita sendiri, bukankah kita hamba Allah yang hina, kerdil, bodoh? Apa yang kamu banggakan sekarang adalah milik-Nya. Ada dua cara Allah menguji kita dengan perasaan "bangga". 
1. Semakin kita bangga diri, Allah akan tarik balik nikmat itu.
2. Semakin kita bangga diri, semakin Allah akan membuatmu lebih "bangga". Renungkan ayat ini. 


Kenapa kita perlu bangga dengan keadaan kita sekarang, bukankah kita umat, manusia yang tak pernah lari dari kesilapan, kekurangan dan kecacatan? Bersyukurlah wahai sahabat, jika anda kelihatan sempurna dari segi fizik. 
Tapi ingat, tak semestinya, manusia yang sempurna fizik itu sempurna akal, sempurna hati. Kadang ada cacat fizik, sempurna akal bahkan hati. Ada yang sempurna fizik, tapi cacat akal dan hati. Tapi, mungkin ada sempurna dari semua segi, itu ujian buatnya atau kesempurnaan yang memang Allah dah tuliskan untuk si dia. 

Jadi, banggakah kita dengan keadaan kita sekarang? Bangga kerana anda sudah menakhluk hati untuk mencintai Allah itu perlu tapi kalau bangga kerana sesuatu atau apa pun bukan kerana Allah, bukan kerana ingin bersyukur sila tolak tepi, buang jauh-jauh nanti hati kotor. Hati bila dah kotor susah sangat nak bersihkan atau mensucikan balik.


Tak perlu dan tak usah dan jangan bangga dengan hidup yang sementara ini. Siapkah anda menghadapi kematian dengan amalan anda sekarang? Orang yang beriman dia takkan takut menghadapi kematian, dia redha. Lihat orang yang sedang berjihad, berperang kerana Allah adakah mereka takutkan mati? Tidak!. Kita milik-Nya, bila kita mati hanya Allah yang tahu dan kematian datang bila-bila saja. 

Bentuk kematian pun mencerminkan pada bagaimana kita hidup di dunia ni. Kenapalah ramai manusia yang tahu yang kematian datang kapanpun, tapi ramai yang tidak bertaubat? Kenapa ramai yang melakukan dosa? Bila nak bertaubat saudaraku? Manalah tahu, lepas anda baca blog saya ni, nyawa anda ditarik, mana amalan dan suruhan Allah? Mana.... mana? 


Adakah anda bangga dengan harta kekayaan anda? Ipad, Iphone, Tablet.....
Adakah semua ini akan kamu bawa ke liang kubur? ke neraka sekalipun nak bawak? nak tunjuk kat para syaitan kat sana yang kamu ada tu semua? TIDAK. Kapan pun, bila pun harta pasti akan ditarik oleh Allah. Itu semua ciptaan manusia semata dan manusia mencipta juga dari ciptaan Allah, boleh ke manusia mencipta yang belum Allah cipta? Renungkan. 


Pangkat? Mungkin anda seorang yang berwawasan, berpendidikan sampai 10 syarikat itu semua milik kamu atau mungkin anda adalah seorang bos, perdana menteri, president. Tanda-tanda kecil datangnya kiamat antara satunya ialah munculnya pemimpin yang tidak adil dan zalim, adakah itu pemimpin kita, peminpin di seluruh dunia? IYA. Allah dan syurga tak pandang pangkat kamu tu tinggi ke rendah, mungkin orang di sekeliling memandang bahkan hormat soal pangkat. Apa gunanya pangkat dalam pekerjaan setinggi langit kalau pangkat hati serendah tanah yang kita pijak sekarang? Kalau dia mati pun, dia akan tidur di kubur jua. 


Ilmu memang penting, bahkan sangat penting. Allah suruh kita menimba ilmu sperti dalam mahfudzot "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina" . Allah suruh kita menuntut ilmu supaya kita tidak diperbodoh dan dipergunakan oleh orang lain. Tapi pastikan ilmu bukan sekadar ilmu soal duniawi je, akhirat perlu lah malah itu yg harus diutamakan, kerana ilmu akhirat adalah tunjang kehidupan seharian bahkan sampai mati. Jangan pulak kita baca buku banyak tapi Al-Qur'an tak pernah disentuh, ape gunanya kan? 


Sebagai penutup tentang segala perasaan bangga di atas dan sebagai kesimpulannya, banggakah anda berpijak di atas tanah yang akhirnya tanah yang bakal memijak kalian (tanah kubur)? Saya harap anda bergetar bila baca ayat tadi, sebab anda takutkan Allah, anda takutkan kematian sebab amalan dan bekalan akhirat anda masih belum cukup. 

Saya menulis yang di atas juga ditujukan kepada diri saya sendiri, kerna saya tak sempurna bahkan kita takkan pernah sempurna. Kita manusia hina. Kenapa hina? Setiap saat kita telah melakukan dosa tanpa kita sedari mungkin dari penglihatan, pendengaran, atau perasaan. Jadi, kita sebagai manusia yang hina di hadapan Allah tak perlu ada rasa takabbur, tabbaruj, riak, sombong dan juga bangga diri. Cukup dengan bersederhanalah ye. 

Anda semua tak ada yang sempurna begitu juga saya. 
Assalamualaikum. :)