C I N T A



بسم الله الرحمن الرحيم
Bimillahirahmanirahim
Allah kurnia sekerat waktu untuk menulis lagi..

 Saya ingin sekali berdakwah seperti ayahanda, tapi ilmu dan amalan saya belum cukup. Jadi sedikit apa yang tahu, dan terima dari ayahanda, saudara dan sahabat-sahabat syurga yang sama berdakwah kerna Allah, saya kongsikan dengan anda semua, sahabat syurga saya juga. Hari ini tanpa saya sebutkan tarikh saya ingin kongsikan tentang 
C I N TA. 
Saya yakin setiap makhluk tak kira binatang, tumbuhan bahkan mungkin alam semesta di luar sedang bercinta, tapi mereka bercinta kerana Allah. :)

Semua orang pernah jatuh cinta tak kira dalam diam atau secara jujur. Tapi seeloknya bagi lelaki yang belum siap menikahi wanita yang dicintai itu jangan sebut " I Love You" dekat perempuan itu, boleh jadi zina hati antara kamu dan dia. Ungkapkan " I Love You" selepas kamu dinikahkan oleh si walinya. Jadi pahala, bukan dosa lagi. 
Bagi yang sedang jatuh cinta ni pasti sulit kan nak menahan rindu. Ada yang rindu, bermacam-macam hint dia bagi. Contohnya, selalu post lagu cinta, update pasal cinta. Ada yang mahu bercinta lepas nikah, asyik update status, share post pasal nikah, jodoh lah. Saya pun pernah buat mcm tu jgak. Itu normal lah. Tapi seeloknya ungkapkan dan luahkan rindu pada Ilahi. Berdoalah, solatlah dan berpuasalah.

Yang tak normal, bercinta-cinta sebelum nikah bagi yang muslim. Itu Haram kan? Jadi, pergi break sekarang! kejam tak kejam, ingat kamu tu siapa, siapa tuhan kamu, siapa rasul kamu, apa agama kamu? Jangan fikir, kapel kamu yang sekarang ini bahagia, akan bahagia juga sampai nikah nanti. Biar dibilang kolot, tak laku lah itu semua pandangan manusia semata. Jadilah manusia yang Allah pandang bukan manusia. 

"...... "

"Alaaa, dah kitaorang dah suka sama suka, kapel lah".


Pergilah kahwin. :)


"Kitaorang muda lagi masih belajar pulak tu, takkan kawin kot, nak cari duit darimana?"


Dah tau masih belajar, di bangku sekolah lagi, fokuslah belajar dulu, kamu tanye saye nak cari duit drimane? yang kamu sekolah sibuk berkepit dgn awek tu nanti bila dah habis sekolah ingat senang nak cari kerja? Fokus belajar, fokus kerja, bila duit dah cukup untuk minang dia, jumpalah mak ayah dia. Hantaran beribu tau bukan seratus dua ratus, ha!


"Alaa, boring la ceni, takde orang sayang, takde orang panggil saya 'baby'"


Kamu suruh monyet kat hutan tu panggil 'baby'. Mak ayah dah bayar kamu bersekolah tu bukan sayang ke?, kamu ada keluarga, saudara bahkan ada Allah yang selalu sayang kat kamu, nak bersayang-sayang dengan yang belum halal ni dah kenape.


"Alaa, nanti bila nak tidur dan lepas bangun tidur takdelah yang hantar msg "Good Night and Good Morning" laa? Hmm "


Alaaaa-alaaaa alaaaa haishh, kamu ni Islam. Kamu yakin ke masih hidup keesokan harinya? Sebelum tidur solatlah tahajudd, solat witir. Kalau keesokkan harinya kamu masih diberi kesempatan untuk hidup, solatlah dhuha. Bukan berwish-wish macam tu.

Bagi yang perempuan yang belum bertudung, masih zero soal agama kamu nak tahu tak satu perkara? Seburuk-buruknya lelaki dia cuma mahukan perempuan yang solehah untuk dijadikan isterinya, apatah lagi lelaki yang baik. Ubahlah hidup anda wahai perempuan kepada hidup yang berlandaskan Islam pada hati bukan Islam pada nama

Orang yang baik dia takkan jadikan seseorang sebagai kekasih tapi jadikan dia sebagai pasangan yang sah. Kita semua milik si suami yang Allah titipkan kepada keluarga kita. 
Berubahlah. Allah sayang dan cinta kepada orang yang berusaha untuk berubah. Nikahi dia jika dia betul-betul kamu cintai, sesuai dijadikan pasangan yang selalu membimbing kamu ke syurga, baik untuk keturunan kamu, dan kerana dia kamu semakin dekat dengan Allah. Jumpa keluarga dan wali dia dan nikahi dia. 

Jika kamu ada 2 plihan dan keduanya baik, soleh dan dari keturunan yang baik-baik, solatlah istikharah. Insya' Allah, Allah beri petunjuk kepada kamu.

Orang yang dah letak Allah sebagai cinta sejati di lubuk hatinya, dia tidak akan merasa kesunyian. Ayat "Forever Alone" pun tak pernah diungkap dari mulutnya, sebab dia ada keluarga, saudara, kawan bahkan ada Allah. 


Jauhi dosa, perbanyak pahala. As simple as that! Insya' Allah.
Biar kapel sehari selepas nikah daripada kapel bertahun-tahun sebelum nikah.

Percayalah sahabat...
Bercinta selepas nikah are much barokah
Biar kita tidak ada jodoh di dunia, mungkin jodoh kita di syurga
Bercintalah kamu hanya kerana Allah
Sekarang kematian berada di hadapan kita



The Prophet, peace, and blessing of Allah be upon him, said:
"There is nothing better for two who love each other than marriage"
Sahih Al-Jami' 5200


For my Dear Muslimah:

- Don't be proud of every guy wants you, cheap items have many buyers
- Be a rare stone that only the pious man can afford you, reach and get you...as in Halal Relationship that is...
NIKAH
Insya' Allah :)
Remember this! Don't be proud of being a cheap one..but you must be proud of Being a Pure Muslimah


Semoga Allah menerima (amalan) dari kita semua, dosa diampunkan dan amalan diterima. Salam Ukhuwah. Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment