Kepalsuan Dunia





" Anda bangga dengan anda sendiri?
Anda bangga dengan keadaan anda sekarang?
Anda bangga dengan hidup yang sementara?
Anda bangga dengan harta anda?
Anda bangga dengan pangkat?
Anda bangga dengan segulung ijazah?
Anda bangga berpijak di atas tanah? "

Tak perlu membangga diri, kita hidup, kita berpijak di bumi kerana kita adalah
pinjaman dari Allah. Apa tujuannya? Kita dilahirkan bukan kerana untuk seseorang, negara, ataupun untuk dunia. Kita dilahirkan untuk beragama, beriman, bertawaqal, bercinta, beribadah kepada Allah. 

Tapi...
Sayangnyaa...

Umat Islam sekarang tak seperti umat Nabi Muhammad terdahulu, bersungguh-sunguh, berjihad, bercinta hanya kerana Allah. Umat Islam sekarang hanya bersungguh-sungguh dalam bercinta sesama insan bukan Ilahi, berjihad dalam perkara kolot politik yang entah kemana (bukan berjidad) tapi tidak menegakkan untuk Islam (berjihad), tidak berjuang kecuali negara Islam yang sedang diserang zionis dan hanya ikhlas, mengalirkan air mata, bersentuhan, suka, minat dan cintakan insan melebihi Ilahi. Meng-agungkan manusia, artis bahkan bila tngok movie tak mahu sampai tertinggal, solat tertinggal tak kisah pulak, malah ada yang tak solat langsung.  

Oke, saya nak jelaskan soalan paling atas sekali.


Kenapa kita perlu bangga dengan diri kita sendiri, bukankah kita hamba Allah yang hina, kerdil, bodoh? Apa yang kamu banggakan sekarang adalah milik-Nya. Ada dua cara Allah menguji kita dengan perasaan "bangga". 
1. Semakin kita bangga diri, Allah akan tarik balik nikmat itu.
2. Semakin kita bangga diri, semakin Allah akan membuatmu lebih "bangga". Renungkan ayat ini. 


Kenapa kita perlu bangga dengan keadaan kita sekarang, bukankah kita umat, manusia yang tak pernah lari dari kesilapan, kekurangan dan kecacatan? Bersyukurlah wahai sahabat, jika anda kelihatan sempurna dari segi fizik. 
Tapi ingat, tak semestinya, manusia yang sempurna fizik itu sempurna akal, sempurna hati. Kadang ada cacat fizik, sempurna akal bahkan hati. Ada yang sempurna fizik, tapi cacat akal dan hati. Tapi, mungkin ada sempurna dari semua segi, itu ujian buatnya atau kesempurnaan yang memang Allah dah tuliskan untuk si dia. 

Jadi, banggakah kita dengan keadaan kita sekarang? Bangga kerana anda sudah menakhluk hati untuk mencintai Allah itu perlu tapi kalau bangga kerana sesuatu atau apa pun bukan kerana Allah, bukan kerana ingin bersyukur sila tolak tepi, buang jauh-jauh nanti hati kotor. Hati bila dah kotor susah sangat nak bersihkan atau mensucikan balik.


Tak perlu dan tak usah dan jangan bangga dengan hidup yang sementara ini. Siapkah anda menghadapi kematian dengan amalan anda sekarang? Orang yang beriman dia takkan takut menghadapi kematian, dia redha. Lihat orang yang sedang berjihad, berperang kerana Allah adakah mereka takutkan mati? Tidak!. Kita milik-Nya, bila kita mati hanya Allah yang tahu dan kematian datang bila-bila saja. 

Bentuk kematian pun mencerminkan pada bagaimana kita hidup di dunia ni. Kenapalah ramai manusia yang tahu yang kematian datang kapanpun, tapi ramai yang tidak bertaubat? Kenapa ramai yang melakukan dosa? Bila nak bertaubat saudaraku? Manalah tahu, lepas anda baca blog saya ni, nyawa anda ditarik, mana amalan dan suruhan Allah? Mana.... mana? 


Adakah anda bangga dengan harta kekayaan anda? Ipad, Iphone, Tablet.....
Adakah semua ini akan kamu bawa ke liang kubur? ke neraka sekalipun nak bawak? nak tunjuk kat para syaitan kat sana yang kamu ada tu semua? TIDAK. Kapan pun, bila pun harta pasti akan ditarik oleh Allah. Itu semua ciptaan manusia semata dan manusia mencipta juga dari ciptaan Allah, boleh ke manusia mencipta yang belum Allah cipta? Renungkan. 


Pangkat? Mungkin anda seorang yang berwawasan, berpendidikan sampai 10 syarikat itu semua milik kamu atau mungkin anda adalah seorang bos, perdana menteri, president. Tanda-tanda kecil datangnya kiamat antara satunya ialah munculnya pemimpin yang tidak adil dan zalim, adakah itu pemimpin kita, peminpin di seluruh dunia? IYA. Allah dan syurga tak pandang pangkat kamu tu tinggi ke rendah, mungkin orang di sekeliling memandang bahkan hormat soal pangkat. Apa gunanya pangkat dalam pekerjaan setinggi langit kalau pangkat hati serendah tanah yang kita pijak sekarang? Kalau dia mati pun, dia akan tidur di kubur jua. 


Ilmu memang penting, bahkan sangat penting. Allah suruh kita menimba ilmu sperti dalam mahfudzot "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina" . Allah suruh kita menuntut ilmu supaya kita tidak diperbodoh dan dipergunakan oleh orang lain. Tapi pastikan ilmu bukan sekadar ilmu soal duniawi je, akhirat perlu lah malah itu yg harus diutamakan, kerana ilmu akhirat adalah tunjang kehidupan seharian bahkan sampai mati. Jangan pulak kita baca buku banyak tapi Al-Qur'an tak pernah disentuh, ape gunanya kan? 


Sebagai penutup tentang segala perasaan bangga di atas dan sebagai kesimpulannya, banggakah anda berpijak di atas tanah yang akhirnya tanah yang bakal memijak kalian (tanah kubur)? Saya harap anda bergetar bila baca ayat tadi, sebab anda takutkan Allah, anda takutkan kematian sebab amalan dan bekalan akhirat anda masih belum cukup. 

Saya menulis yang di atas juga ditujukan kepada diri saya sendiri, kerna saya tak sempurna bahkan kita takkan pernah sempurna. Kita manusia hina. Kenapa hina? Setiap saat kita telah melakukan dosa tanpa kita sedari mungkin dari penglihatan, pendengaran, atau perasaan. Jadi, kita sebagai manusia yang hina di hadapan Allah tak perlu ada rasa takabbur, tabbaruj, riak, sombong dan juga bangga diri. Cukup dengan bersederhanalah ye. 

Anda semua tak ada yang sempurna begitu juga saya. 
Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment