S A Y A




Saya bodoh. 
Biar, saya lebih suka dibilang “Bodoh” sebab bodoh itu melindungiku dari melakukan hal-hal “pintar” tapi sebenarnya aku sendiri TIDAK TAHU .

Saya tak berfesyen

Biar, saya lebih suka dibilang "Tidak Berfesyen" sebab fashion zaman sekarang ni semakin mentelanjangkan muslimah.

Saya hodoh
Biar, saya lebih suka dibilang hodoh. kerana kecantikanku hanya untuk dipandang  oleh suami, kekasih halalku. Biar wajahku bebas dari sebarang make-up, kerana dengan make-up sungguh semakin hodoh wajahmu wahai muslimah. Inginkan kecantikan, berwudhulah. 

Saya kolot
Biar, saya lebih suka dibilang kolot kerana dengan kekolotan, saya merasa dilindungi, tiada yang merasa dengki, cemburu walaupun dihina. Semakin dihina, semakin kuat rasa cintaku pada Allah. Yang penting saya tidak kolot soal agama, bekalan akhirat nanti. 

Saya miskin
Biar, saya lebih suka dibilang miskin kerana dengan kemiskinan, saya tahu erti bersyukur, saya tahu erti kepayahan, saya tahu erti kesederhanaan, saya tahu erti nikmat. Saya tak perlu riak, takabur, tabbaruj. Semua harta kekayaan milik-Nya, dengan sesaat je kekayaan semua tu boleh hilang begitu je. Biarlah miskin harta janji kita kaya iman, kaya agama, kaya hati, kaya kasih sayang. 


No comments:

Post a Comment