Khusyu'




Khusyu' in salah isn't easy sekali lagi khusyu' dalam solat bukan mudah. Khusyu' disini bukan bermaksud kita tahu maksud setiap ayat, doa dalam solat dan setiap pergerakan dalam solat semua betul, baca surah panjang-panjang dikira khusyu'. Bukan sama sekali. Cuba bayangkan, kita kerja dalam sesuatu pekerjaan dengan kemas, baik, mudah tapi kalau NIAT kita salah, ape yang kita dapat? Kalau orang itu tahu tentang niat kita sebenarnya, mahukah tuan itu terima kerja kita. Lagi satu kalau kita memohon sesuatu dengan seseorang, sampai menangis pun sanggup, kenapa memohon degan ALLAH yang pemilik semesta kita tak boleh nangis? Bukan bermaksud saya cakap menangis itu baru khusu', tapi kerna menangis kita melakukan sesuatu, nakkan sesuatu dari hati. Sama seperti solat, kalau kita buat semua itu dengan baik, baca surah sepanjang mana pun kalau niat kita bukan kerana ALLAH, fikiran kemana-mana, mahukah ALLAH terima solat kita? Baca surah pendek cukuplah, daripada baca surah panjang tapi tak khusyu' tak ada gunanya, sekali lagi ye Tak ade gunanya. Memang dalam solat setiap pergerakan memang kena betul kalau tak betul nanti tak sah solat, bagi saya pergerakan dalam solat itu number 2 , Niat itu utamakan. Kerana dengan niat yang baik dan betul , yakinlah setiap pergerakan, bacaan, fikiran semua akan jadi sempurna secara automatik. Kalau susah sangat nak khusyu', cuba bayangkan anda adalah seorang pengemis yang lapar,bodoh, kerdil dan tak sempurna mahukan duit untuk hidup. Bayangkan ini ketika solat yang anda adalah hamba yang hina yang tidak memiliki apa-apa, fikiran harus kosong. Jangan fikir tentang hal dunia. InsyaAllah kekhusyukan itu datang. Allah akan tolong hambanya yang berusaha. 

(!) Ingat niat kerana ALLAH bukan kerana seseorang, bukan kerana sesuatu, bukan kerana anda sedang kesempitan baru nak ingat ALLAH.

(!) Dan ingat, niat bukan dari ayat "Usholli fardhu....lillahi ta'ala" orang yang    gila pun boleh baca, niat itu datang dari HATI bukan dari ayat, perkataan, doa. HATI yang menakhluk segalanya. Pastikan HATI yang berkata bukan dari ucapan yang keluar dari mulut.


Jika, niat anda sudah betul baru fokuskan kepada bacaan, seeloknya setiap bacaan dalam pergerakan solat anda patut tahu maknanya.


Selamat beramal muslimin dan muslimah. :)

No comments:

Post a Comment