Bimillahirahmanirahim
Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk menulis, tetiba tergerak hati nak tulis something walaupun sebenarnya diri ini bukan kaki blogger. :)
Sebelumnya, saya ingin memohon maaf bila selama ini apa yang saya post ada yg mengguris hati pembaca. Saya tak sempurna dan itu sebab wujudnya ada kata maaf.
Oke, hari ini penulis nak cerita pasal pemilik cinta setelah Allah, rasul dan kedua orang tua. Haaa, mesti korang dah agak siapakah itu? Mestilah cinta suami/isteri. Walaupun saya masih remaja belum bernikah bahkan tak pernah berpacaran bukan bermakna saya tak tahu bende yg berkaitan cinta yang menuju alam perkahwinan yang bidadari inginkan. Saya dapat ilham menulis artikel ni setelah saya membaca buku terbitan Ustazah Fatimah Syarha, ye ade sesape kenal? Beliau wanita hebat, wanita inspirasi untuk semua kaum hawa.
Haaa, kucing ni pun dah tak sabar nak dengar saya bercerita. Hehe
Artikel ini khas untuk wanita dan lelaki yang masih single mingle dan pasangan yang dilamun cinta. Khas untuk single mingle, kenapa? Kerana saya akan menceritakan tentang betapa istimewanya kamu dan hati kamu yg sedang dijaga rapi oleh Allah untuk sang muhrimmu.
Dan juga khas untuk pasangan yang sedang dilamun pula, kenapa? Kerana disini saya akan menceritakan tentang bahaya dan ruginya kamu yg sedang bercinta berlandaskan nafsu.
"Alhamdulillah, hatiku masih dijaga rapi oleh Allah daripada disentuh oleh lelaki ajnabi walaupun banyak yang sedang berusaha memikat hatiku dan mengejarku dengan melembutkan hatiku untuk menerima mereka. Tapi, cara mereka sama sekali tidak dapat melembutkan hatiku. Ada yang tak jemu menghantar sms tanda caring, ada yang tackle saya melalui perantara,contoh melalui kawan baik saya. Ada yang suka hantar makanan atau buah ke rumah saya. Macam-2. Mereka seolah-olah lupa tentang harga diri mereka, maruah mereka menghambakan diri semata-mata untuk dapatkan cinta seorang wanita. Begitulah bila hati sudah mulai berbunga-bunga , hati layu pun tak nak siramkan balik." kata hati seorang muslimah. ^^
'Semakin kuburu cinta Ilahi, semakin mereka memburuku sambil membawa bius cinta'
Aku diuji dengan lelaki, kadang diri hampir terhanyut dengan buaian cinta mereka. Kadang aku lemah dengan kata-kata manis mereka. Kadang, diri sudah merasa syiok sendiri. Masya' Allah. sungguh kuat bisikan dan godaan iblis ni. Tapi, SubhanaAllah...........Allah masih menjagaku disebalik ujianNya. Indah hikmahNya.
Aku banyak baca mana-2 artikel "Bila kau menjaga hubungan kau dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga hubunganmu dengan sesama insan"
Ada 2 maksud disebalik ayat diatas, maksud insan pertama adalah orang disekeliling kamu dan maksud insan kedua adalah dengan insan yang mencintaimu atas sebab nafsu. Dekatkanlah diri pada Ilahi, yakinlah hati kamu tidak akan terpaut pada apa saja yang tidak Allah redhai. Fikiran tak kotor untuk memikirkan mereka. Izzahmu terjaga. Indah sangat-2 bila diri ini mulai menyibukkan diri dengan urusanku denganNya, kerana sebelumnya aku cuma tahu melaksanakan perintahNya saja tapi tidak menghayatinya.
Melakukan perintahNya suatu perkara yang mudah, semua orang pun boleh melaksanakannya tapi mengahayatinya bukan semua boleh melakukannya, aku pun belum sampai ke tahap itu. Sukar sekali. Allahurabbi :(
Cinta itu fitrah manusia, semua manusia berhak memilki cinta dihati. Dan skop cinta ini amat luas. Cinta bukan bermaksud perasaan antara dua insan. Cinta itu luas, cinta kepada keluarga, haiwan, tumbuhan, alam semesta. Tapi kebanyakan mereka sekarang hanya faham maksud cinta itu berkaitan tentang perasaan antara dua insan.
Mereka bercinta tapi tak tahu apa maksud sebenarnya CINTA.
Bagi yang sedang bercinta sehingga dibuai mimpi, cinta yang berlandaskan nafsu..sunggguh saudaraku, bila si dia mengatakan dia sayang kepadamu, itu cuma dusta. Jika dia sayang kamu si dia mesti akan menjaga izzah antara kamu dan si dia, tidak akan menyentuhmu, menggoda hatimu dan membiarkan kamu dibebani dosa dan zina. Mereka yang sedang bercinta berlandaskan nafsu sangat pandai berkata cinta tapi tak tahu makna disebaliknya. Maknanya sangat dalam sekali. Aku sampai sekarang pun belum mengenal lebih dalam apa itu CINTA.
Ruginya kamu yang sudah bercinta bersilih ganti bertukar pasangan putus sambung hubungan. Kalian bagaikan sedang ber'teater' di hadapan para syaitan lalu mereka gelak terbahak-bahak melihat kebodohan kamu dan lemahnya iman kamu.
Manusia yang memiliki cinta Ilahi, mecintai Allah lebih dari apapun, imannya dan hatinya tidak akan goyah dengan rayuan lelaki. Walau ia semanis apa pun, manusia seperti ini mesti akan teguhkan prinsipnya.
Pasangan 'couple' yg bermesra-mesraan ini bila sudah sampai ke jinjang perkahwinan, manis dari sebuah kemesraan sudah pudar dan mudah bosan.
Kata akhir, kita manusia memang sukar, bila diri sudah diuji dengan sebuah 'cinta' dari seseorang.. dengan seseorang..kepada seseorang.
Jangan hinakan diri dengan sebuah cinta dusta, cinta zina, cinta syaitan.
Muliakan diri dengan memulakan mencari cinta Ilahi, hayati dengan cinta hati, mencintai semua orang. Berubahlah demi kebaikan diri.
Assalamualaikum.